Sejarah Pendidikan Pemulihan Dalam Negara



           Di Malaysia, program pemulihan bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan di luar negara. Program pendidikan pemulihan bermula sebagai ‘pilot project’ di 9 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula pada awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. Hasil kajian yang telah dijalankan, didapati Program Pendidikan Pemulihan amat perlu bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

            Dari tahun 1968 hingga 1974, kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru berkhusus dalam bidang pendidikan pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad 1971, didapati 25%murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Hasil daripada laporan tersebut, kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktif. Pada tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) , Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk sekolah rendah dengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan yang dijalankan oleh guru kelas biasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid –murid yang menghadapi masalah yang kompleks diserahkan kepada guru pemulihan khas.
            Projek Pendidikan Imbuhan ini lebih menekankan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan daripada status ekonomi sosial yang rendah. Mereka diberi bantuan dari segi makanan tambahan, pinjaman buku teks dan program pembangunan masyarakat. Walau bagaimanapun, projek ini tidak berjaya kerana kanak-kanak lain yang mendapat faedah dan menyebabkan masih ada lagi kanak-kanak yang tercicir. Projek ini dihentikan dan ditumpukan terus kepada Pendidikan Pemulihan Khas.


Pada tahun yang sama, Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan Kursus Dalam Cuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari sekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :

i. 2 minggu dalam cuti penggal pertama

ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedua

iii. 4 minggu dalam cuti penggal ketiga

              Pada tahun 1977, kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1981, kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek.

            Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR).PdP pada Tahap 1 (Tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenal pasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan asas 3M(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).

            Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga iaitu memperkasakan Sekolah Kebangsaan, dan teras keempat iaitu merapatkan jurang pendidikan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan teras keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap1. KPM turut memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan manaik taraf kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid(SKM)(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).


        Beberapa program pemulihan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan semua kanak-kanak tidak tercicir dalam pendidikan arus perdana. Antara program yang telah diperkenalkan ialah:
 
 




Pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pemulihan Khas dan Intervensi (PINCH) yang dilaksanakan secara menyeluruh di sekolah rendah dan menengah. Ini bertujuan untuk mencapai sasaran sifar Literasi dan Numerasi(3M) dengan mengenalpasti dan membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas tersebut. Antara tindakan bagi pelaksanaan PINCH merangkumi:


Perkembangan Program Pemulihan Khas menunjukkan pendidikan universal diutamakan yang merupakan salah satu daripada komponen utama program ‘Program untuk Semua’ dan ‘Pendidikan Sepanjang Hayat’ serta merupakan strategi untuk mewujudkan pendemokrasian pendidikan. Keutamaan ini diberikan kepada ketiga-tiga aspek pendidikan sejagat iaitu Universal Access kepada pendidikan rendah, kadar menamatkan persekolahan yang tinggi dan pencapaian maksimum. (Special Education Department, 1999)

No comments:

Post a Comment