
Program
pendidikan pemulihan bermula di Amerika Syarikat setelah termaktubnya PL 94-142
apabila seorang kanak autistic telah berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa
di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak tersebut telah memasuki universiti dan
memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang
berlainan upaya. Kejayaan pelajar ini adalah hasil daripada kelulusan
undang-undang pada tahun 70-an. Pada 29 November 1975 Kongres Amerika Syarikat
telah meluluskan Public Law 94-142.
Undang-undang
ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3hingga 21 tahun akan
menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang tidak menghalang
perkembangan intelek mereka. Undang-undang ini memberi kuasa kepada 50 buah
negeri di Amerika Syarikat dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta
memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia berkeperluan khas serta keluarga
mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan
belajar bersama- sama dengan kanak-kanak yang normal. Sekiranya kelainan upaya
kanak-kanak itu menyebabkan dia tidak menunjukkan kemajuan dalam kelas biasa
maka dia ditempatkan dalam kelas pemulihan khas.
Pada
tahun1990, PL 94-142 diperluaskan di bawah akta Individuals with Disabilities
Education Act (IDEA). Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orang
kelainan upaya dilindungi.
Sebelum
IDEA, ramai kanak-kanak tidak diberi peluang pendidikan. Pada tahun 1970, hanya
seorang daripada lima kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan
negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membernarkan
kanak-kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri
sekolah biasa.
Oleh sebab IDEA kini program
intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang
upaya. Pada tahun 2000 di Amerika Syarikat kira-kira 6. 5 juta kanak-kanak dan belia
menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka. Lebih
ramai kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri sekolah di kawasan perumahan
masing-masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Kanak-kanak yang
belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar
bersama dengan kanak-kanak biasa. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan. Ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas dilibatkan dalam perancangan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu, konsep kolaborasi dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di negara-negara lain termasuk Malaysia.
Laporan Warnock
Laporan Warnock yang dikeluarkan pada tahun 1974
mencetuskan permulaan pendidikan pemulihan di England. Jawatankuasa Inkuiri
Pendidikan Kanak-Kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula
pendidikan khas di Britain. Di Britian pengumuman Warnock Report (1978)
merancakkan lagi perkembangan pendidikan khas. Walaupun cadangan-cadangan yang
dikemukakan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi Laporan
Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan
dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya seperti konsep
pendidikan inklusif yang secara langsung memansuhkan konsep pengasingan yang
diamalkan sebelumnya.
Amerika Syarikat dan Britain
mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya
amat besar dari aspek pertumbuhan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam
hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan
undang-undang atau polisi pemerintah merupakan penggerak utama untuk
membangunkan pendidikan khas. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran
antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali
sebagai integrasi atau inklusif. Konsep integrasi atau inklusif menekankan
bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan
berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan
diamalkan sehingga ke hari ini termasuk di Malaysia. Akta pendidikan 1981 pula
meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas.
Akta
Kanak-Kanak 1989(Children’s Act, 1989)
Akta Kanak-Kanak1989 ini menyarankan dua perubahan
untuk memperkukuhkan pelaksaan pendidikan khas. Pertama, amalan membuat
diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas oleh pelbagai golongan pakar ke
atas keperluan mengikut pendidikan. Jelas sekali akta ini memberi ruang kepada
pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran melibatkan diri dalam menentukan
pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Keduanya, konsep pengasingan tempat
belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau
inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak
biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.
good
ReplyDelete