Ciri-Ciri Murid Pemulihan
Menurut Sharifah Rahmah Ali, kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded). Selain itu menurut M.F Clough pula kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak. Manakala bagi AE Tansley dan R. Culliford pula kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa”.
Murid –murid pemulihan ialah murid-murid yang berada dalam Tahap 1 di sekolah-sekolah rendah iaitu dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga. Mereka ini menghadapi masalah pembelajaran dalam membaca, menulis, mengira, mendengar, berfikir, bertutur, melukis, menaakul, memahami dan mengingat kembali.
Secara umumnya, murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. Ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah. Antaranya merupakan ciri-ciri murid pemulihan:
Ø Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan rakan-rakan di sekolah.
Ø Tidak dapat menyiap tugasan yang kompleks dan sangat lambat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Ada masanya tidak menyiapkan langsung tugasan yang diberikan.
Ø Hilang kawalan masa di mana murid-murid ini tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi baharu.
Ø Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti lemah dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Ø Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang aktiviti untuk keperluan semasa.
Ø Bermasalah dalam pengurusan masa kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Ø Kurang keyakinan diri, kurang tekun dan kurang pengalaman.
Ø Perbendaharaan kata yang terbatas dan tidak kreatif. Pemikiran mereka hanyalah sehala dan apa yang ada di hadapan mereka sahaja.
Ø Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan tidak memahami konsep perkaitan.
Ø Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah dan bermasalah tingkah laku.
No comments:
Post a Comment