Keperluan Pelaksanaan Program Pemulihan



KEPERLUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

Pendidikan Pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khas untuk menolong pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Manfaat daripada program ini adalah pelajar yang ada masalah pembelajaran boleh mengetahui dan mempelajari lebih. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengambil nama dan mengagihkan pelajar-pelajar ini ke kelas pemulihan. Manfaat kedua adalah kelemahan pembelajaran boleh diatasi dan mencegah berlakunya sebarang masalah pembelajaran dari peringkat awal. Walaupun, pelajar-pelajar tersebut lemah dalam pelajaran tetapi hak mereka masih dipelihara. Hal ini dapat mencungkil bakat dan kemahiran pelajar walaupun mereka lemah. Manfaat yang lain ialah melahirkan insan yang berpendidikan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Pendidikan pemulihan dilaksanakan di sekolah rendah dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid yang memperoleh pencapaian rendah membaiki pencapaian mereka. Ini adalah untuk membolehkan mereka mengikuti proses pendidikan sama seperti mana murid-murid normai yang lain. Murid-murid yang lemah pencapaian akademiknya, tidak semestinya mempunyai darjah kecerdasan yang rendah. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, boleh juga terdiri daripada murid-murid yang tinggi atau sederhana tahap kecerdasannya. Ini bermakna murid yang mengalami kegagalan dalam proses pendidikan mempunyai sebab yang pelbagai, antaranya termasuklah selalu tidak hadir ke sekolah, rendah motivasi untuk belajar, kecacatan fizikal, emosi yang terganggu, persekitaran rumah dan sekolah yang tidak mendorong atau yang menganggu dan pelbagai sebab lain (Zulkifley Hamid, 2005).
Di samping itu, program pendidikan pemulihan dilaksanakan bertujuan untuk mengatasi masalah dalam pengurusan kemahiran membaca, menulis dan mengira untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Kepentingan bagi program Pendidikan Pemulihan ini adalah untuk membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka. Pendidikan Pemulihan juga memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek murid-murid yang berbeza antara satu dengan yang lain. Kepentingan yang seterusnya adalah untuk memperkembang potensi murid-murid semaksimum mungkin. Selain itu, pelaksanaan program pendidikan pemulihan juga untuk meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan serta membantu memupuk dan memperkembang konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran.
Bukan itu sahaja, program pendidikan pemulihan dilaksanakan dapat membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif yang boleh menjejaskan pelajaran. Selanjutnya, menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah serta memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan berasa gembira atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai juga merupakan kepentingan melaksanakan program pendidikan pemulihan. Selain itu, program pemulihan pula  memberi peluang kepada murid-murid menyertai aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah. Tambahan pula, pelaksanaan program pendidikan pemulihan akan membina sifat keyakinan diri supaya mereka dapat berinteraksi secara berkesan dalam masyarakat.
Selain daripada itu, melaksanaan program pendidikan pemulihan jua mempunyai banyak kepentingan yang lain, iaitu murid pemulihan dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas jika perlu, mereka dapat menerima bahan pembelajaran yang lebih bermakna iaitu seimbang dengan kebolehan mereka, mereka dapat membina perhubungan yang sihat dengan guru kelas, guru pemulihan dan rakan sekelas mereka, mereka menikmati pengalaman berjaya di alam persekolahan dan program pendidikan pemulihan memperlengkapkan murid-murid pemulihan dengan kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka menjadi warganegara berguna.
Tanpa pendidikan pemulihan, murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran akan terus tertinggal. Oleh demikian, mereka yang tertinggal perlu diberikan pengajaran khusus dan dalam situasi dan suasana yang khusus juga. Bilangan mereka biasanya kecil, dengan ini guru dapat memberikan perhatian kepada setiap individu yang ingin diberikan pemulihan dan mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi (Zulkifley Hamid, 2005). Biasanya murid yang memerlukan pemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar bagi membolehkan mereka membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya fahaman konsep yang betul. Selepas mereka dipulihkan, mereka akan diletakkan semula ke dalam kelas-kelas biasa

No comments:

Post a Comment