Konsep Pendidikan Pemulihan
Program
Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang
menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan
sekarang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Program ini dikendalikan oleh
guru-guru pemulihan khas yang terlatih.
Menurut
Noresah Baharum et al. (2000), pemulihan
bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks
ini, konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran.
Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu
kekurangan atau memperbetul sesuatu.
Blair (1956), pula mengatakan bahawa pemulihan ialah program khas
berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada
penguasaan kemahiran.
Aktiviti pemulihan merupakan
tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan
pendidikan murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran dari segi
pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di
pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid-murid secara sambilan dan dalam
kelas biasa. Kelas
pemulihan memetingkan bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang
teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara
tersusun.
Ab. Rahman et al. (1997),
menjelaskan bahawa
program pemulihan perlu dilaksanakan kepada muid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran,
iaitu mereka yang
memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutunya. Murid-murid ini ada di
semua peringkat persekolahan baik di luar bandar ataupun di bandar. Masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang
ringan dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid
yang mengahadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas
pemulihan di kelas khas.
Sebaik sahaja kelemahan dalam
sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru
pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas akan
dihantar semula ke kelas biasa.
Kesimpulannya, program pemulihan merupakan
langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M(membaca, menulis dan mengira). Mereka patut
dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan
oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang
berbeza bergantung kepada jenis masalah.
Definisi Pendidikan Pemulihan
Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermaksud kembali seperti biasa,
sembuh, atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini adalah berkait
rapat dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran.
Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk
membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu yang tidak betul.
Ianya bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh
guru dan murid dalam proses pengajaran dan pemulihan.
Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan adalah
terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan untuk membaiki
kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka
yang lambab atau lambat mencapai pembalajaran pada tahap yang sepatutnya
dicapai.Sampson (1975) pula mentafsirkan pendidikan pemulihan merupakan tindakan-tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Pringle (1996) menyatakan pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang bersistem dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1983:371) menyatakan satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
No comments:
Post a Comment